Maaf, anda salah! Walaupun ini bukanlah suatu pertandingan yang ingin dimenangi sesiapa pun, jika ada pertandingan jumlah penerbitan yang diharamkan tertinggi di Malaysia, Zunar, seorang kartunis dan aktivis politik terkenal, pasti akan menang tempat pertama. Sehingga tahun 2020, sepuluh karya bertema politik beliau telah diharamkan: Sapuman: Man of Steal, Gedung Kartun, 1 Funny Malaysia, Isu Dalam Kartun (Vol 1, 2, 3), Conspiracy to Imprison Anwar, Perak Darul Kartun dan Pirates of Carry-BN. Selain itu, komik beliau, Ros in Kangkongland dan beberapa judul lain juga sedang disiasat di bawah Akta Hasutan serta Akta Percetakan dan Mesin. Karya pengarang lain dalam senarai ini juga pernah diharamkan. Tujuh teks sastera oleh penulis novel dan akademik terkenal, Faisal Tehrani telah diharamkan oleh Menteri Dalam Negeri, kerana dituduh menyebarkan fahaman Syiah, yang dianggap sebagai penyelewengan ajaran Islam di Malaysia. Walaupun francais buku popular, Fifty Shades of Grey oleh E.L James boleh didapatkan secara meluas di Malaysia pada awal pelancarannya, pada tahun 2015, filem adaptasinya telah diharamkan. Tidak lama kemudian siri buku tersebut juga ikut diharamkan kerana dianggap “mengancam moral” seperti yang dicadangkan oleh Menteri Dalam Negeri. Dan akhir sekali, buku Agnes Khoo yang mendokumentasikan sejarah lisan gerila wanita pejuang anti-Jepun dan anti-penjajah di Tanah Melayu juga diharamkan.
Bagus. Anda betul! Walaupun ini bukanlah suatu pertandingan yang ingin dimenangi sesiapa pun, jika ada pertandingan jumlah penerbitan yang diharamkan tertinggi di Malaysia, Zunar, seorang kartunis dan aktivis politik terkenal, pasti akan menang tempat pertama. Sehingga tahun 2020, sepuluh karya bertema politik beliau telah diharamkan: Sapuman: Man of Steal, Gedung Kartun, 1 Funny Malaysia, Isu Dalam Kartun (Vol 1, 2, 3), Conspiracy to Imprison Anwar, Perak Darul Kartun dan Pirates of Carry-BN. Selain itu, komik beliau, Ros in Kangkongland dan beberapa judul lain juga sedang disiasat di bawah Akta Hasutan serta Akta Percetakan dan Mesin. Karya pengarang lain dalam senarai ini juga pernah diharamkan. Tujuh teks sastera oleh penulis novel dan akademik terkenal, Faisal Tehrani telah diharamkan oleh Menteri Dalam Negeri, kerana dituduh menyebarkan fahaman Syiah, yang dianggap sebagai penyelewengan ajaran Islam di Malaysia. Walaupun francais buku popular, Fifty Shades of Grey oleh E.L James boleh didapatkan secara meluas di Malaysia pada awal pelancarannya, pada tahun 2015, filem adaptasinya telah diharamkan. Tidak lama kemudian siri buku tersebut juga ikut diharamkan kerana dianggap “mengancam moral” seperti yang dicadangkan oleh Menteri Dalam Negeri. Dan akhir sekali, buku Agnes Khoo yang mendokumentasikan sejarah lisan gerila wanita pejuang anti-Jepun dan anti-penjajah di Tanah Melayu juga diharamkan.