Thinking and Talking about Arts and Culture in Southeast Asia

Kata Terkesat Dilempar Estragon: Kritik!

Views: 1532

Oleh Ridhwan Saidi

(860 patah kata, 8-minit bacaan)

I

Ia bermula dengan saya tiba lambat ke Meeting of Writers/Critics/Reviewers in Performing Arts di Cafe White Sands, DPAC, Damansara. Di sekeliling meja sudah ada 13 orang membincangkan tentang perbezaan di antara ulasan vs kritikan dan kepentingannya sebagai bahan dokumentasi. Richard Chua dari Theatrex Asia mengendalikan sesi ini.

Ini merupakan pertemuan pertama yang tercetus dari grup KL Critic di Facebook. Menurut Richard, beliau belum ada rancangan konkrit tetapi niatnya lebih kepada pertemuan bulanan dan “to have more building capacity workshops for local critics.”

Fasyali Fadzly memilih untuk tidak menulis ulasan/kritikan jika sesebuah pementasan atau persembahan itu tidak menawarkan sesuatu yang segar dan baharu. Aksi ini dianggap oleh seorang pemuda bernama Jian sebagai self-censorship. Foo Chiwei seorang penggiat seni tari ada menyatakan bahawa kadang-kala, “Silence speaks volumes.

Nandang seorang produser menyatakan bahawa kritikan yang baik akan membantu jualan pementasan. Selain itu kritikan perlu dituju kepada ‘produk’ dan bukan peribadi yang membikinnya. Perkataan produk (bukan karya) digunakannya dan ini saya fikir kerana ia dinyatakan dalam konteks pemikiran seorang produser. “Kritikan sebagai marketing tool” seperti yang disimpulkan Richard.

meetingkritik0

Tria Aziz seorang performer menyatakan bahawa dia mahukan feedback. Dan apabila dia menonton persembahan kawan-kawannya, Tria kadang-kala perlu sugarcoat pendapatnya (selepas persembahan) agar tidak menyakiti atau mengganggu fokus kawannya (bagi persembahan mereka yang seterusnya). Tetapi di dalam masa sama dia mahukan kawannya untuk menjadi lebih baik. Foo Chiwei mengesyorkan bahawa perbincangan dan kritikan penuh boleh dilakukan selepas tamat keseluruhan produksi di kedai kopi.

Bilqis Hijjas mendambakan lebih dari satu suara maka Critics Republic terbentuk. Kenneth Wong seorang budayawan menyatakan bahawa perlu ada pengkritik yang menghubungkan situasi seni Malaysia dengan dunia antarabangsa. Fasyali menyatakan bahawa kritikan itu pencarian makna. Foo Chiwei menyatakan bahawa kritikan melibatkan argumen kognitif dan emosi visceral. Émilia Giudicelli seorang penari kelahiran Perancis membincangkan perihal temporality, dan bahawa interviu bersama seniman akan beri sedikit batu asas. Ia membuka pintu kepada sesuatu. Pengkritik sebagai intelligent cultural being. “Sentiasa ada sesuatu… energi.”

meetingkritik1

Richard menyatakan bahawa tulisan yang baik akan meningkatkan kesedaran (raising awareness). Nandang pula mengatakan bahawa pengkritik perlu ada empati dan rasa belas kasihan terhadap effort seniman. Foo Chiwei membidas dengan mengatakan bahawa ia bukan perihal effort tetapi sama ada pengkarya itu, “get it or not?” Kenyataan Foo Chiwei ini secara tidak langsung menyatakan bahawa seorang seniman wajib kritikal dengan hasil karyanya sendiri.

Jian menyatakan bahawa bahan bacaan di internet lebih bersifat clickbait, mudah persis listicle, dengan kesimpulan semudah thumbs up atau thumbs down, dan ini memberi kesan terhadap cara penulisan ulasan dan kritikan masa kini. Fasyali pula mengambil contoh Krishen Jit yang cuba mengenalpasti identiti teater nasional di tahun 70an, 80an dan 90an. Peranan pengkritik sebagai agen budaya.

meetingkritik4

Saya menyatakan bahawa kritikan di dalam bentuk tulisan membolehkan kita untuk berhubung dengan masa lampau sepertimana generasi masa hadapan akan membaca tulisan pada hari ini. Isu saya dengan ulasan di media sosial seperti Facebook: ia tidak boleh di-google (jika ia ditulis di blog ia boleh di-google dan juga akan terpahat di dalam cache internet.) Nandang bertindakbalas dengan menyatakan kepentingan hashtag (#).

Émilia menjelaskan bahawa semua kritikan dan ulasan ini sebuah metaevents, collective of response yang membuka kebarangkalian bagi sebuah kolaborasi. Sebuah karya dan tulisan tidak akan siap tanpa tindakbalas—bagaimana untuk mempersembahkan ia, bagaimana ia dibaca.

II

Di dalam acara lanjut keesokannya yang bertempat di Purple Cane, Shaw Parade, Kuala Lumpur berlangsung tiga presentation oleh Benny Lim, Amy De Kanter dan Octavian Saiu.

Benny Lim mengutarakan kritikan sebagai kapital budaya (cultural capital) manakala Amy De Kanter pula menyenaraikan tiga elemen dalam menjadikan seseorang itu pengkritik yang baik iaitu: 1. Seorang penulis yang baik, 2. Bersemangat (passionate) terhadap seni, dan 3. Mempunyai banyak ilmu (arsenal of knowledge). Amy turut berkongsi kepincangan yang berlaku di dalam scene kritikan teater di Malaysia antaranya kejahilan editorial. Sebagai contoh ulasan positif sesebuah teater akan ditohmah sebagai teater kawan.

meetingkritik3

Octavian Saiu seorang pengkritik dari Romania menjelaskan bahawa kebanyakan pengkritik menjadi ahli akademik. Walau bagaimanapun ada isu di mana di dalam dunia akademik, ia boleh tersekat di paras wacana kritikal (critical discourse) sedangkan seorang pengkritik perlu ada pemikiran kritikal (critical thinking) yang melibatkan artikulasi. Pengkritik sebagai animator (dengan kata akar anima, dari konsep Carl Jung—jiwa vital) yang mempunyai critical awareness dalam merayakan cultural literacy.

Octavian ada berkongsi perihal salah satu adegan di dalam Waiting For Godot oleh Samuel Beckett di mana kata kesat tertinggi merupakan _______.

Octavian turut menyamakan teater yang teruk sebagai pencemaran, dan pemberian dana kepada karya-karya mediocre sebagai malapetaka. Dia turut menyatakan kritikan juga boleh berlaku di luar kerangka penulisan seperti dialog dan perbincangan verbal. Octavian menjelaskan oleh kerana teater bersifat sementara, maka ia terpahat di dalam memori. Dan semasa kita mengingat, kita tidak sekadar menggali masa lepas, tetapi di dalam masa sama juga ingatan itu bertindih dengan imaginasi (yang diperbaharui bagi setiap cubaan mengingat)—to apprehend imagination.

“Memori merupakan kritik terbaik.”


Meeting of Writers/Critics/Reviewers in Performing Arts telah berlangsung di Cafe White Sands, DPAC, Damansara pada 7 Julai 2017. Review and Critic: Creating a Scene telah berlangsung di Purple Cane, Shaw Parade, Kuala Lumpur pada 8 Julai 2017.

Ridhwan Saidi seorang playwright, produser dan penggerak siri playlet Teater Modular. Menubuhkan Moka Mocha Ink pada tahun 2011 yang berfokus terhadap fiksyen alternatif dan kontemporari Malaysia. Beliau turut menggerakkan LiteraCity dan projek muzik Joni Atari.

(Visited 4 times today)
Comments: 2

Your email address will not be published. Required fields are marked with *